Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Sekarang ni banyak sangat suplemen dan makanan kesihatan muncul di pasaran bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Ada brand tempatan, ada brand luar negara.

Tengok ajelah iklan-iklan di tv. Belum lagi iklan-iklan di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Apabila terlalu banyak lambakan produk ni, pengguna ada terlalu banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana. End up, ada yang tersalah pilih, lalu termakan produk berbahaya yang merosakkan diri sendiri.

Perlu diketahui, bukan semua produk yang di jual tu selamat walaupun mereka claim ada kelulusan KKM dan bagi testimoni gempak-gempak. Rata-ratanya cuma gimik marketing malah ada yang sanggup curi testimoni produk lain pun.

Suplemen memang satu keperluan zaman sekarang ni. 

3 hujah kenapa perlu makan suplimen.
                                 
                           Fakta #1


 Harga ikan kembong yg fresh ~RM11/kg. Habis frozen pun ~RM8/kg
-> Harga daging lembu fresh ~RM28/kg. Habis import pun ~RM16/kg
-> Harga daging kambing lagi lah mahal ~RM33/kg. Tu pun import, belum yang local punya
(Sumber website FAMA: http://bit.ly/20JuiZC)

Dalam banyak-banyak daging, ayam daging lah sumber protein paling murah; ~RM6.80/kg. Sebab tu kebanyakan daripada kita makan lagi banyak daging ayam daripada daging-daging lain.

Tapi tahu tak apa masalah ayam daging zaman sekarang ni?

Hakikatnya, hampir semua ayam daging yang kita dok makan ni disuntik hormon supaya cepat besar & berat pun lebih besar daripada dulu. Kerana, penternak nak ayam-ayam yang diorang jual ni lebih cepat besar supaya lebih banyak & lebih cepat untung. Kalau tak suntik, ayam-ayam ni akan jadi lambat besar sampai bisnes penternakan diorang tak balik modal.

Jaga lah makan macam mana pun, kita pasti akan makan daging-daging ayam ni jugak.

Dan sebab majoriti kita makan banyak daging ayam, bayangkan berapa banyak bahan kimia yang dah masuk badan kita SELAMA INI…???


                              Fakta #2
Dulu-dulu nak tuai padi 2 kali setahun je boleh. Sekarang, 4kali! Teknologi jadi makin maju sampai kita boleh percepatkan & gandakan tuaian. Namun, tahu tak apa kesan sampingan disebaliknya?

Masa padi hanya boleh dituai 2kali je setahun dulu, tanah-tanah sawah tu cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang dah hilang tu. Jadi, padi-padi yang terhasil masa tu bukan takat boleh buat kita kenyang je, tapi juga boleh bagi cukup nutrisi.

Tapi bila dah sampai 4kali setahun, tanah tak cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah. Baru kembalikan separuh nutrisi kita dah tuai. Akibatnya, walaupun hasil tuaian padi naik 2kali ganda tapi nutrisi yang terkandung dalam setiap biji beras yang kita makan tu makin kurang.

Petani kena buat macam ni sebab diorang pun nak untung jugak. Ye lah, dok kampung pun nak jugak pakai kereta, nak jugak jalan-jalan luar negara, etc.

Begitu jugalah pada apa-apa jenis tanaman pun; sayur sawi, sayur kangkung, buah tembikai, buah durian, etc. Walaupun kita rasa macam banyak makan buah/sayur, tapi nutrisinya dah jauh lebih berkurang.

Nah, ini belum masuk buah-buah yang harganya murah-murah tu banyak guna macam-macam pestisid, racun & bahan kimia. Contohnya, buah tembikai ada yang disuntik warna merah supaya isinya nampak sedap sangat. durian pulak direndam pewarna kuning/hijau bagi nampak asyik dan sebagainya….


Fakta #3

Majoriti orang Malaysia memang tak pernah bersenam pun sepanjang minggu lepas & pasti kekal malas nak bersenam 7-hari akan datang. Paling-paling pun nak sedapkan hati “lipat baju bergunung-gunung tu kira bersenam lah tu” atau “hari-hari sapu/mop lantai peluh jugak tau”.

Ya peluh, tapi berapa sen je lah kalori yang terbakar kalau takat seterika baju sekolah anak-anak tu? Dan bandingkan lah pulak dengan berapa pinggan nasik lauk ayam yang kita dah telan hari tu? Belum masuk air manis, teh tarik madu special, kari kepala ikan terlajak laris, sup kambing super-power atau menu extra kalori macam roti canai bagai tau.

Segelintir yang rajin bersenam pulak suka buat kat outdoor, fresh air katanya. Tambahan pula, nak bersenam kat Gymnasium mahal, dekat RM200 gak sebulan. Lepas minyak pergi-balik kerja jugak tu.

Namun, tahu tak ada macam-macam asap beracun kat udara kita sekarang ni? Asap kilang, asap jerebu & asap kereta. Lagi-lagi lah majoriti kita duduk dekat kawasan pekan/bandar sebab nak dekat dengan tempat kerja.

Tak payah susah-susah sangat fikir. Isteri yang asyik terdedah dengan asap rokok suami pun boleh kena kanser (ini mmg dah ada kes, bukan takat teori je). Apatah lagi kita rakyat marhaen yang pasti terdedah dengan asap kereta setiap hari? Dan memang kajian membuktikan udara kita yang tercemar ni adalah punca macam-macam penyakit pernafasan sekarang yang boleh membawa kematian.


Vitamin / Suplemen bukan lagi pilihan, tapi KEPERLUAN utama zaman sekarang ni!

Kesimpulannya,

1. Kalau kita cukup bersenam sekalipun perlukan vitamin sebagai pendinding (tingkatkan imunisasi badan) lawan macam-macam penyakit. Shaklee ada nutriferon untuk ini.


2. Dah cukup makanan seimbang pun perlukan vitamin untuk detox macam-macam benda tak elok yang kita terpaksa telan selama ni. Shaklee ada DTX & Set Detox juga.


3.  Hari-hari makan sayur/salad/buah pun perlukan vitamin untuk cukupkan nutrisi yang makin berkurangan dalam hasil tanaman. Shaklee ada semua vitamin yang ada dalam buah tu.

Pendek kata, vitamin bukan lagi pilihan. Kita semua, keluarga kita & orang lain pun sangat-sangat perlukan vitamin.

Tambahan pula, kita dah tak hidup zaman atok/nenek kita yang suci murni tu. Kita sedang hidup di zaman pengilang, petani & penternak yang sanggup buat apa saja nak untung banyok. 


Lebih parah, situasi ni akan jadi makin teruk sebab semua pun tak sanggup nak:

-> belanja lebih nak tapis asap kereta sampai bersih,
-> biar ayam-ayam tu membesar secara normal, biar kecik pun
-> kurangkan hasil tanaman supaya nutrisi tanah kembali pulih

Tak sanggup, tak sanggup, tak sanggup!

Jadi, kita lah yang kena sihatkan diri sendiri dengan tak tinggal makan vitamin-vitamin ni.

Tapi ingat jugak, bukan lah maksudnya kalau makan vitamin ni tak mati-mati. Dah makan vitamin pun kita takkan boleh lawan kuasa Allah/Tuhan. Cuma vitamin ni lah 'insuran' yang kita ada supaya risiko nak kena apa-apa penyakit tu jadi lebih rendah.

Daripada diserang sakit jantung esok lusa kalau skip atau tak makan vitamin, kepada kot nak kena stoke pun lagi 10-20 tahun lagi kalau makan vitamin; ok sangat dah tu. Sempatlah kita nak tunaikan tanggungjawab jaga anak-anak, mak/ayah, adik-beradik & paling penting TAUBAT secukupnya sebelum pergi meninggalkan dunia yg fana ini untuk selama-lamanya….



Shaklee mempunyai lebih 100 kertas saintifik, 90 daripadanya diterbitkan dalam terbitan penilaian sejawat. 

Layari healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee. 

2. Falsafah syarikat yang jelas serta produk terbaik

Dijamin berkesan, dijamin selamat dan dijamin semulajadi hingga menarik saintis terhebat seperti di atas. Orang hebat dan pakar tidak bekerja untuk duit, tetapi hanya ingin usahanya memberi impak kepada dunia dan manusia. Semakin hebat sesuatu syarikat itu mampu lakukan, semakin hebat pula kualiti talent yang bakal mereka tarik. 

Shaklee melaburkan lebih 300 juta dollar dalam ujian klinikal, pembangunan dan penyelidikan; melalui lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk. Shaklee jauh melangkaui piawaian industri!

3. Dibuktikan dengan Sains

Setiap produk Shaklee melalui pelbagai R&D di setiap peringkat dari penanaman tumbuhan hingga kajian keberkesanan sesuatu produk/ vitamin. Bukan asal boleh jual je.

Shaklee jamin produk mereka 100% semulajadi, tiada pengawet, tiada bahan kimia, etc. Sesuai dengan falsafahnya yang “harmony with nature”. Malah, Shaklee menghabiskan ratusan juta USD untuk uji berkali-kali bagi memastikan setiap produk yang dikeluarkan bebas racun, kekal pure/potent & komposisinya tetap stabil semasa sampai kepada pengguna.

4. Ada kajian klinikal oleh pihak ketiga 

Syarikat vitamin sebenarnya tak perlu pun buat ujian klinikal, tidak seperti ubat. Tapi Shaklee tetap buat juga kajian klinikal ke atas setiap produknya. 

Kajian klinikal Shaklee juga dilakukan ke atas manusia, bukan haiwan, bukan tikus.

Dan mereka yang terlibat dengan kajian klinikal tersebut ialah saintis atau penyelidik daripada universiti.

5. Landmark Study oleh pihak ketiga

Jika pandai baca jurnal, boleh ke http://www.landmarkstudy.com

Dipendekkan cerita, Landmark Study ni mengkaji “betul ke multi-vitamin ni ada kesan untuk jangka masa panjang?”. Kajian ini membandingkan orang yang tak makan apa-apa vitamin, orang yang macam vitamin brand popular lain & orang yang makan vitamin Shaklee. Dalam kajian ini, orang yang makan vitamin Shaklee sudah menggunakannya sekurang-kurangnya 20 tahun. Ya, 20 tahun! Malah, banyak yang dah gunakannya selama 30-40 tahun!

Ini yang menarik perhatian Dr Bruce Daggy sampai berhenti kerja di GlaxoSmithKline hanya untuk berkhidmat di Shaklee.

Kalau nak tahu, ini kajian paling bersejarah dalam dunia nutrisi. Sampai sekarang pun, ia masih satu-satunya kajian seumpamanya pernah dilakukan. Melibatkan jumlah peserta yang ramai & untuk tempoh penggunaaan yang sangat lama (sampai 40 tahun tu!). Tambahan pula, kajian ini diterbitkan dalam jurnal antara impact factor tertinggi dalam bidang nutrisi.

sampai berhenti kerja di GlaxoSmithKline hanya untuk berkhidmat di Shaklee.

Kalau nak tahu, ini kajian paling bersejarah dalam dunia nutrisi. Sampai sekarang pun, ia masih satu-satunya kajian seumpamanya pernah dilakukan. Melibatkan jumlah peserta yang ramai & untuk tempoh penggunaaan yang sangat lama (sampai 40 tahun tu!). Tambahan pula, kajian ini diterbitkan dalam jurnal antara impact factor tertinggi dalam bidang nutrisi.

6. Pilihan angkasawan

Kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee telah menarik perhatian pihak agensi kerajaan seperti NASA.

Kita semua tahu betapa cerewetnya NASA dalam memilih apa-apa bahan, produk atau servis dalam misi mereka. Dalam pada cerewet sebegitu pun, NASA tetap pilih Shaklee untuk membangunkan formula khas untuk bekalan nutrisi angkasawan mereka sampai hari ini. Astro-Ade namanya. Formula khas ini NASA gunakan untuk setiap misi angkasa mereka.

Bukan itu saja, Scott Kelly yang merupakan manusia paling lama pernah menetap di ISS; setahun lamanya, juga konsisten menggunakan produk Shaklee sepanjang berada di sana. Dan vitamin yang mereka gunakan tu (selain Astro Ade) adalah formula vitamin yang sama dengan produk Shaklee di bumi. Kalau lah angkasawan dengan macam-macam ancaman; seperti keadaan tinggi UV, pun terbukti sihat Shaklee, apetah lagi kita yang di bumi kan?

vitamin yang mereka gunakan tu (selain Astro Ade) adalah formula vitamin yang sama dengan produk Shaklee di bumi. Kalau lah angkasawan dengan macam-macam ancaman; seperti keadaan tinggi UV, pun terbukti sihat Shaklee, apetah lagi kita yang di bumi kan?

7. Pilihan atlit antarabangsa

Shaklee menjadi pilihan atlit sukan Olimpik, bukan setakat SUKMA atau Sukan Komanwel je. Atlit-atlit ini 'powered by Shaklee' menunjukkan mereka memang benar-benar menggunakan produk Shaklee untuk perform, bukan hanya di bayar untuk bergambar je.

Saya dan keluarga saya telah mengamalkan Shaklee hampir 11 tahun (semasa entry ini di tulis), sedangkan ramai lagi yang telah mengambil Shaklee melebihi 40 tahun dan ternyata mereka lebih sihat, cergas dan muda!

Shaklee jamin produknya 100% selamat, berkesan dan semulajadi. 

Jika anda takut nak makan suplemen brand lain,sebab takut rosak buah pinggang dan sebagainya, pilih saja Shaklee! Baca blog sahabat KakMai pulak.

Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi KakMai secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM KakMai akan bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1165571

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#msgric #shakleekedah #shakleealorsetar


Comments

Popular Posts