Hari Raya Open House

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Terima kasih kerana melawat blog kami. Semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Syukur Alhamdulillah, pada 23 Syawal 1444 bersamaan 13 Mei 2023, saya bersama geng Mija Studio mengadakan Open House atau Jamuan Aidilfitri di rumah kami di Homestay D Bendang Jitra.

Bagi kami, Hari Raya adalah peluang terbaik untuk kami bertemu dengan sahabat handai yang dah lama tak berjumpa dalam tempoh setahun. 

Pada waktu lain, ada juga yang berkunjung ke rumah, tetapi ini peluang untuk bertemu dengan lebih ramai lagi yang dah lama tak berjumpa.

Jom layan gambar-gambar sekitar majlis Open House bersama Mija Studio. 

     Bersama sahabat-sahabat Mija Studio

   Makanan disediakan secara port luck

   Seronok pekena angin bendang kat sini

.              Selfie dengan Kak Fieza

    Kak Zu. Umur 50-an steady berzumba

Syukur Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang majlis. Lepas habis je majlis dalam pukul 7.30 petang dan semua tetamu dah balik.

Terima kasih kepada semua sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai yang sudi hadir memeriahkan majlis kami.

Macam biasa, sebagai peringatan kita semua. Bulan Syawal ni kita semua dapat banyak jemputan Hari Raya Open House kan.

Memang sedap semua menu di Hari Raya kan. Tapi jangan lupa untuk jaga kesihatan dan makan lah juadah raya dengan berpada-pada. Jangan 'melantak' pula tau. 

Jom baca cara nak kekal SIHAT, KURUS DAN CANTIK DI HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Nak dapatkan produk Shaklee? Boleh contact saya ya. 

#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023






Comments

Popular Posts