Berkorban masa demi sarjana

As salamualaikum warahmatullah....
Bismillah....

Di saat ini saya masih menyiapkan assignment Research Method...

Syukur kerana saya diberi rezeki untuk sambung belajar dalam bidang pengurusan pendidikan.Walaupun semester ini (semester 5) adalah keadaan getir saya bergelut dengan pelbagai tugasan, saya masih mampu bertahan dan hampir berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Alhamdulillah...cuma masih ada lagi 2 tugasan yang perlu dihantar sebelum bermulanya final exam 27hb ini. Dengar pun macam penat kan?

Bukan senang bergelar "mahasitua" di kampus UUM ini sebenarnya. Perlu bijak membahagikan masa antara kerja, keluarga, bisnes dan study. Namun begitu, cita-cita ingin menggenggam ijazah sarjana tetap menjadi fokus saya setakat ini.

Bayangkan ketika guru lain sedang bercuti bersama keluarga, saya dan kawan-kawan bertungkus lumus menghadiri sesi diskusi di merata-rata tempat contohnya di kfc, library, kedai makan sambil ditemani keriuhan anak-anak masing-masing. Fun kan? Kalau tak sambung study mana ada situasi macam ni. Masing-masing memerap di rumah je! Ini salah satu pengorbanan besar ni. Belum lagi kira tiap-tiap hari Sabtu kena tinggal anak-anak di rumah. Sedih kan?

Apapun mencari ilmu ini perlulah mendapat keizinan dan sokongan suami ye. Kepada sesiapa hendak sambung belajar tu, saya ucapkan good luck. Enjoy the journey of student life. Tak semestinya kita belajar part time perlu abaikan banyak perkara lain dalam hidup. Seronok jadi student balik ni. Paling syiok bila beratur ambil baucer buku 1 Malaysia. RM 250 tu. Sapa nak bagi saja-saja kan?

Haa...nak share sikit. Untuk otak yang cerdas dan cergas saya selalu amalkan bacaan yasin sebelum tidur. Tak lupa juga saya amalkan makan Omega Guard, minyak ikan terbaik dunia serta lecithin, softgel untuk kekuatan mengingat dengan baik. Ops, bonus lagi. Kedua-duanya dapat turunkan bakar dalam badan. (Of course

Ramai yang suka ni, hihi)

Jumpa lagi.Salam sayang daripada saya.

SID maizatul
0172421189

posted from Bloggeroid

Comments

Post a Comment

Popular Posts