TIPS MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH TAHFIZ

Assalamualaikum warahmatullah

Kelmarin (hari Sabtu) saya teringin sangat nak jengok abang ngah Muazzam. Rasa macam dah lama sangat tak jumpa dia. Bulan puasa ni teringat pulak kalau anak-anak tak ada depan mata. 

Selain itu teringin nak tengok mesin penapis air coway yang saya baru letak di sana. Hasil bonus Shaklee. Alhamdulillah.

 
Bawakkan sekali ayam goreng. Dia minta sekali belikan roti John, seronok la dia. Bekalkan juga #omegaguard untuk #ketajaman otak anak-anak.

Melepaskan anak yang masih kecil untuk tinggal di asrama, kebanyakan perasaan ibu akan berasa berat hati untuk berjauhan.

Pengalaman yang sama juga dilalui oleh Kakmai & suami dalam niat untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah Tahfiz.

Kami ingin berkongsi beberapa tip untuk atasi saat itu agar lebih tabah berpisah dengan anak.


BAGAIMANA SAYA DAN SUAMI HANTAR ANAK LELAKI KAMI KE TAHFIZ

============================
Alhamdulillah, Kak Mai dan suami bulatkan tekad dan hasrat untuk cuba lahirkan al hafiz dalam keluarga ni. Sebenarnya, ALLAH lorongkan hasrat ini bila mana pengalaman dengan sekokah biasa tidak memenuhi kehendak pengajian agama yang kami impikan.

Bab paling sukar bagi KakMai adalah bentuk akhlak anak pada zaman serba mencabar nihhh. Dengan pengaruh handphone, televisyen, media sosial dan kawan kawan, membesarkan anak bersekali akhlak al Quran sangat sukar dilakukan.

Kami larikan anak dari sekolah biasa ke sekolah harian swasta. Alhamdulillah, anak anak mula belajar menghafaz di situ. Namun masih wujud kebimbangan lain di sudut hati kami. Kerana sirap yang bercampur air kopi takkkan boleh jadi sirap yang sedappp. Apatah lagi membentuk sirap ais yang sedap diminum saat panas terik.

Selepas anak dapat pendidikan asas, membaca menulis dan mengira, kami hantarkan anak anak ke tahfiz. Alhamdulillah, kami tak putus meminta pada Allah tunjukkan kami jalan. Satu persatu terbuka. Hinggalah anak ada kesempatan untuk interview dan berjaya ke tahfiz.

Alhamdulillah anak anak sudah jadi senior sekarang. Telah lebih separuh Al Quran berada dalam ingatan Muazzam. Kami tak pernah memaksa untuk mereka laju-laju menghafaz. Kami biarkan mereka ambil masa. Yelahh, juzuk 30 pon kami belum hafaz, apa hak kami memaksa mereka yang telah jauh lebih baik daripada kami.

Masa cuti mereka hanya 4 kali setahun. Kami penuhkan dan gembira bawa mereka jalan atau pulang ke kampung. Mereka anak baik, mereka anak yang sangat patuh. Ternyata kehidupan tahfiz banyak mematangkan mereka. KakMai tak menyesal dan sangat bersyukur dengan jalan yang Allah lorongkan ini. Alhamdulillah.

Melepaskan mereka bukan perkara mudah. Membiarkan mereka duduk di asrama dalam usia muda. Namun ada beberapa perkara yang KakMai boleh tuliskan sebagai panduan ibu ayah yang nak berpisah dengan anak anak. Insha Allah. Selalulah buat dan fikir begini:


TIPS JIKA ANAK TINGGAL DI ASRAMA MAAHAD.

1) ANAK BUKAN MILIK KITA

– anak bukan hak mutlak ibu bapa. Mereka amanah yang kena kita jagai. Amanah dari siapa? Dari ALLAH. Maka lorongkan anak mengikut apa yang ALLAH suka.

2) JAGAAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KITA
– hantar anak ke jalan Allah sama macam hantar anak berperang. Tapi kita jangan risau. Allah kannn ada? Kita sendiri mengharapkan jagaan dan perlindungan Dia, takkanlah kita rasa mampu buat lebih hebat dari Allah?

3) BANYAK BACAKAN FATIHAH DAN DOA UNTUK ANAK
– hati rasa rindu, menangis teringat anak. Maka segera ingat, jika kita menangis, mereka juga akan begitu. Maka kuatkan hati, sambil bacakan fatihah dan doa sebanyak banyaknya. Doa untuk diri kita diberi kekuatan dan anak dipermudahkan urusan, mudah menghafaz dan gembira.

4) IBU BAPA BANYAK BELAJAR DAN DIDIK DIRI
– Jika kita nak anak berjaya, mak ayah perlu berjaya juga. Baca Al Quran sebanyaknya, tadabur, cari ilmu agama, tutup aurat sempurna. Pendek kata, apa mak ayah buat akan pengaruhi anak. Maka cubalah dan usahalah jadi LEBIH baik. Insha Allah.

5) MASAK UNTUK ANAK
– Air tangan orang yang solat dan mencari redho Allah itu adalah lebih baik dari yang lain. Maka, ibu kena banyak sediakan makanan air tangan sendiri. Kerana kita tahu dan kenal puncanya dengan jelas.

6) INI TANGGUNGJAWAB
– Kelak akan ditanya apa yang kau berikan pada zuriat keturunanmu, sesungguhnya Al Quran dalam dada adalah yang terbaik. Insha Allah.

7) SALING MEMBERI SOKONGAN
– Ibu bapa dan anak anak yang lain di rumah perlu saling memberikan sokongan. Jangan pernah putus asa. Saling mengingati.

8)BANYAKKAN BERDOA DAN TAWAKAL
– Doa yang tak pernah putus adalah ubat utama untuk banyak perkara. Yakinlah semuanya milik DIA. Dan kepada DIA lah tempat meminta dan berserah. Insha Allah.

Nak order set anak otak cerdik? 
Jom order 0134335487

Nak order coway? 
017-4162348
Farah

Comments

Popular Posts