KATA-KATA MOTIVASI MENYENTUH HATI

Kata-kata semangat dan motivasi – Pernah tak ada kalanya kita berasa lemah dan kurang cergas untuk melakukan aktiviti harian? Tidak kiralah malas bekerja atau tak rajin nak siapkan kerja di rumah. Pasti semua pernah merasainya.

Sampai satu tahap mungkin ada juga yang mencapai tahap ingin menyerah kalah dan mengganggap hidup ini sebuah perjalanan yang tiada makna.

Kes Kemurungan di Malaysia Meningkat!
Tahu atau tidak, kes kemurungan di Malaysia semakin tahun semakin meningkat. Hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019.

Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.

Kini KKM telah merekodkan 424,000 kanak-kanak di Malaysia disahkan mengalami masalah mental. UNICEF turut merekodkan 12.3 % remaja 10-17 tahun yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri (Sumber: Harian Metro, Mac, 18, 2023).13 Apr 2023

“Rata-rata masyarakat terkesan emosi seperti kebimbangan, ketakutan, pengasingan (isolasi), ketidakpastian serta tekanan perasaan akibat perubahan dalam norma kehidupan. Ini termasuk mereka yang bekerja menghadapi risiko akibat kehilangan pekerjaan, kehilangan mata pencarian dan kekangan kewangan.”

BANGKITLAH!
Jangan putus harapan. Terapkan dalam diri anda dengan kata-kata motivasi yang mampu membakar semangat juang kita.

Motivasi adalah sesuatu yang dapat memberikan dorongan, input positif, dan memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang telah dirancang dan ingin dicapai.

Jangan terlalu memikirkan masa hadapan yang terlalu jauh kerana hidup mesti diteruskan. Apa yang penting adalah melihat realiti pada hari ini untuk anda cekal dan tabah meneruskan kehidupan. Walaupun kegagalan dapat membuat anda jatuh putus asa, anda mesti bangkit semula.

Oleh itu, artikel ini akan berkongsi untuk anda tentang kata-kata semangat dan motivasi untuk hidup penuh inspirasi. Ia juga dapat mengajar anda untuk tidak mudah menyerah kalah. Mari kita baca satu persatu kata-kata semangat ini untuk memberi anda kekuatan dan motivasi dalam apa jua keadaan.

50 KATA-KATA SEMANGAT DAN MOTIVASI

1) Anda memiliki dua pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.

2) Anda menjadikan dunia ini lebih baik dengan anda sendiri menjadi lebih baik.

3) Anda menuai apa yang anda tanam.

4) Anda merupakan arkitek masa depan anda.

5) Anda tidak boleh mengawal apa yang berlaku pada diri anda. Namun anda boleh mengawal sikap anda apabila sesuatu perkara terjadi.

6) Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.

7) Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.

8) Anda tidak perlu menguruskan masa kerana masa tetap 24 jam sehari. Apa yang perlu anda lakukan ialah menguruskan diri anda sendiri.

9) Anda yang menentukan sama ada diri anda menjadi bertambah kuat atau lemah.

10) 20 tahun dari sekarang, anda akan kecewa dengan perkara yang tidak anda lakukan berbanding dengan perkara yang telah anda lakukan.

11) Adalah mustahil untuk anda melihat dengan jelas apakah halangan apabila anda mula bertindak untuk mencapai matlamat anda. Selagi anda dapat melihat dengan jelas matlamat anda pada masa sukar, anda akan terus bertindak.

12) Anda akan jauh lebih berjaya daripada orang lain dengan melakukan perkara yang orang lain tidak mahu lakukan.

13) Anda akan miliki apa yang anda inginkan sekiranya anda sanggup berkorban.

14) Kebahagiaan itu simple. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini dan jangan sesekali dengki terhadap kejayaan orang lain.

15) Biarkanlah senyumanmu yang mengubah dunia. Tetapi, jangan pernah biarkan dunia yang mengubah senyumanmu.

16) Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.

17) Jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan.

18) Jika kau berhasrat untuk menjadi orang yang berjaya, mulai lah dari sekarang dan cubalah untuk melakukan sesuatu hal yang bermanfaat.

19) Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.

20) Teruslah percaya dan berusahalah sehabis mungkin untuk meraih cita-cita.

21) Jika kau ingin masa depanmu menjadi lebih baik, maka bersusah payahlah mulai dari sekarang.

22) Tahap kejayaan seseorang sangat dipengaruhi oleh betapa kerasnya perjuangan yang sudah mereka lakukan.

23) Abaikan saja orang lain yang meremehkan usahamu. Tetapi, jangan pernah sesekali kita meremehkan diri kita sendiri.

24) Jika kau mahu berusaha, maka kejayaan akan menjadi milikmu.

25) Bermimpilah setinggi langit, lalu berkerja keraslah untuk mewujudkan mimpi-mimpi itu.

26) Jauhkanlah diri kita dari sifat malas kerana Allah tidak menyukai hamba-hambanya yang pemalas.

27) Jadilah orang yang baik kerana apa-apa pun yang kamu lalukan akan kembali kepada diri kamu sendiri.

28) Jika kehidupan membuatkan diri menangis. Ingat, ada ribuan kenangan indah yang membuatkan kita tersenyum.

29) Anda boleh memberi seribu sebab mengapa anda tidak boleh mencapai matlamat anda. Namun anda hanya memerlukan satu sebab sahaja kenapa anda boleh mencapai matlamat anda.

30) Anda boleh memilih sama ada untuk melakukan sesuatu dengan cara terbaik atau sambil lewa. Hanya satu perkara yang di kira iaitu hasil tindakan anda.

31) Anda boleh memilih untuk mengubah keadaan hidup anda sekarang atau membiarkan keadaan hidup anda mengubah anda.

32) Anda boleh mencapai matlamat anda sama ada dengan mencari jalan atau membuat jalan sendiri.

33) Bantulah orang lain untuk berjaya. Kejayaan mereka akan menjadi kejayaan anda juga.

34) Batasan anda pada hari esok ialah jumlah bilangan perkataan “tetapi” yang anda gunakan pada hari ini.

35) Bayangkan kejayaan merupakan satu permainan. Anda tidak akan faham peraturan permainan melainkan anda turut serta dalam permainan ini.

36) Bekerjasama adalah lebih baik daripada bersaing.

37) Berharap untuk impian anda menjadi kenyataan sahaja tidak cukup. Anda perlu mengambil tindakan.

38) Berita buruk mengenai masa ialah ianya akan terus berlalu. Berita baiknya ialah anda menentukan arahnya.

39) Beritahu orang lain bahawa mereka hebat. Anda dapat membantu mereka untuk menjadi hebat.

40) Bersifat tegas dengan orang lain tidak membuatkan anda membuli orang lain. Ketegasan anda membentuk struktur kehidupan anda.

41) Cara terbaik untuk anda menukar impian anda menjadi realiti ialah berpijak di bumi yang nyata.

42) Orang yang pandai tidak semestinya berjaya. Tetapi, orang yang rajin dan sabar, pasti berjaya.

43) Kekecewaan sebenarnya mengajar kita erti kehidupan. Jadi teruskanlah perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup.

44) Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, ada akhirnya dan ada kebahagiaan menunggu di hujung jalan. Mengapa? Kerana Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.

45) Jadilah lilin yang menyalakan lilin yang lain, sebab kebahagiaan tak akan habis dibagi sesama makhluk hidup.

46) Cita-cita itu tidak akan mampu menjadi satu kenyataan andai tidak diiringi dengan usaha yang berterusan.

47) Apa-apapun yang kita lakukan pastikan dengan niat yang baik. Sebab, setiap sesuatu yang kita lakukan dengan niat yang baik, pasti akan membuahkan hasil yang baik.

48) Kadang-kadang kita fikir kehidupan orang lain lebih baik, padahal mungkin saja kehidupan dia lebih sukar daripada kehidupan kita, cuma dia saja tidak mengeluh.

49) Tuhan tak akan gagalkan kita tanpa sebab. Tuhan gagalkan kita untuk hubungkan kita dengan sesuatu kejayaan yang lain, sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan.

50) Anggap saja ujian yang kita lalui sekarang ini adalah untuk memberi kita pengalaman hidup. Tanpa ujian, tanpa pengalaman, kita tidak akan tahu ertinya kehidupan.

Jadikan kata-kata semangat ini sebagai kunci kejayaan bagi anda teruskan usaha dalam apa jua pekerjaan yang anda lakukan. Nak baca lagi kata motivasi lain? Jom baca! 

Mungkin ada dalam kalangan kita yang putus semangat kerana diberhentikan kerja dan hilang punca pendapatan.


Jadi KakMai ingin memberi anda peluang dan sinar baru untuk mulakan perniagaan dalam bidang makanan tambahan & suplimen yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi sepanjang masa.

Your Shaklee business leader
Maizatul Zam Zarina Zainol
0134335487
0172421189


 
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleekedah #shakleealorsetar #msgric #bizwithmsgric



Comments

Popular Posts