Kelebihan vitamin E complex yang Anda Perlu Tahu


Assalamualaikum and Hai semua :)

Sekarang waktu senggang sementara menunggu waktu peperiksaan bermula jom  kita cerita fasal vitamin E complex Shaklee hehe. Also known as VITAMIN CANTIK :)


Vitamin E Complex Shaklee ni adalah antara vitamin yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan customers KakMai tau! KakMai tak pasti pasal apa masalah diorang pada mulanya, tapi memang ramai yang kalau nak tanya pasal shaklee, terus tanya fasal Vitamin E. mungkin dorang dah baca kot kebaikan Vitamin E dekat internet. Kenapa vitamin E bagus? Kenapa KakMai pun amek vitamin E shaklee ni? Apa kebaikan vitamin E Shaklee? Apa manfaat dia? Kenapa kena pilih Shaklee?


Vitamin E Shaklee ni terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Untuk pengetahuan, vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik dalam badan. Sebab dia saling bekerjasama untuk memberi effect yang baik kepada badan kita. Walaubagaimana pun jenama Shaklee paling terbaik. 

Sama juga seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik terkumpul dalam badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.
Dan kita perlu makan vitamin E yang bersumberkan bahan semula jadi. Macam mana nak tahu?
Boleh lihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.

Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.


Dan kenapa pulak saya suruh makan Vitamin E daripada sumber yang asli?

Supaya ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan sumber tiruan atau sumber kimia.
Jika ia tidak dapat diserap oleh badan, ini akan menyebabkan toksik terkumpul dan akhirnya menjadi penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Kemudian, antara kelebihan vitamin E Shaklee adalah ia mempunyai ekstrak biji anggur. Bijik tau bukan buahnya.


So, Antara kelebihan ekstrak biji anggur ini adalah:-

  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Dan ia mengandungi pelbagai khasiat kesihatan seperti protein, lipid, karbohidrat dan polifenol.
Untuk pengetahuan anda, kuasa antioksidan polifenol adalah 20x lebih baik daripada vitamin E sendiri dan 50x lebih baik daripada vitamin C.

Senang kata, minyak biji anggur ni amat baik dan berkesan sekali untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan :)

Antara KELEBIHAN VITAMIN E ni kepada kejelitaan kulit anda adalah, ia dapat :


  • Membaiki Parut – Membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka unutk mengurangkan kesan parut.
  • Menganjalkan kulit
  • Mengecilkan pori-pori kulit muka
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Mengawal minyak
  • Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Sangat bagus untuk memudarkan parut


  • Awet muda, sebab :

Oligomeric Proanthi Cyanidin (salah satu phenol dalam biji anggur) bertindak memelihara tubuh daripada tua sebelum masanya. OPC ni jugak terikat dengan kolagen. Procyanidin yang ada dalam vit E membantu kulit lebih elastik dan membuat sesorang nampak muda secara semula jadi.

Selain tu,untuk kesihatan pulak, ia dapat :


  • Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.
  • Anti-Oksidan Yang Kuat – Pengambilan lebih dari 1,200UI sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.


    • Menurunkan paras kolestrol
    • Menghalang pembentukan darah beku
    • Melegakan masalah berpunca daripada urat timbul

    TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE
So konklusi saya adalah Vitamin E memang baik untuk kulit. Kalau nak cantik, amek Vitamin E, insyallah puas hati.macam saya, ada masalah parut sikit and kulit kering, makan sebijik sehari, esok rasa macam diri cantik jeee (padahal baru sekali makan kan hehe) :P

Maksudnya kat sini, saya rasa selesa. Mungkin saya rasa kulit saya lembap untuk hari selepas makan Vitamin E tu,atau saya rasa lebih sihat sebab dah makan vitamin kan.

Apa-apa pun, kalau nak cantik dan sihat, kena amalkan minum air mineral banyak-banyak satu hari. Tak boleh bergantung pada vitamins aje sebab ia bukan makanan utama. Ia sekadar supplement sahaja.

Dan untuk pengetahuan kalian, Vitamin E ada dalam set kecantikan, set kesuburan dan macam-macam set lagi. Tengok gambar testimoni kat atas tu. Biasanya Shaklee ,memang cadangkan supaya ambil secara set sebab ia lebih berkesan digabungkan dengan supplement lain. Shaklee nak jaga kualiti sesuatu product tu, sebab tu lah dia asing-asing tak boleh campur haduk semua vitamin dalam satu tablet :) Jom baca posting sahabat KakMai

Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1165571

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Comments

Popular Posts