Percutian Mewah Secara Percuma dengan Shaklee

Assalamualaikum semua

Best kan kalau dapat bercuti secara percuma? Shaklee ada buat insentif percutian percuma buat semua ahlinya yang layak. 

Bisnes Shaklee menawarkan Insentif 3C iaitu CASH, CAR BONUS & CONVENTION TRIP.

Dalam entry kalini, saya nak share lebih lanjut tentang CONVENTION TRIP atau PERCUTIAN SHAKLEE, iaitu trip mewah percuma dengan layanan VVIP! 


Selain cash bonus dan car bonus, Shaklee juga ada memberikan 2 jenis percutian buat semua ahlu bisnes Shaklee yang layak iaitu:
  1. REGIONAL TRIP - biasa melibatkan dalam negara dan negara asia tenggara yang berdekatan.
  2. INTERNATIONAL TRIP - pastinya melibatkan mana-mana negara yang terpilih di seluruh dunia.

Kelebihan bercuti dengan Shaklee

1. Sesiapa bisnes leader yang layak dapat join.


2. Juga boleh membawa ahli keluarga jika layak.

3. Percutian ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.


4. Dapat bag lugage percuma.

5. Dapat gift percuma Shaklee sediakan.

6. Dapat duit poket sekiranya ada masa-masa tertentu Shaklee tak dapat siapkan makanan di hotel, duit akan diberikan.

7. Hanya perlu bawa kelengkapan diri saja.

8. Menginap hotel mewah bertaraf 5 bintang.


9. Makan minum halal dan semua disediakan.

Contohnya untuk tahun 2023/2024 ini Shaklee akan membawa mereka yang layak untuk di 2 detinasi iaitu:

Regional trip - Royal carribean Cruise. 

International trip - Jepun 

Satu lagi trip Umrah (boleh pilih nak umrah atau international trip yang lain)

1. Regional trip

Belayar naik kapal Spectrum of The Seas. Kapal akan mula belayar dari Pulau Pinang, Singapura dan Phuket, Thailand selama 4 hari 3 malam. Best kan?

APA YANG BESTNYA ROYAL CARIBBEAN CRUISE?

1. Makanan yang sedap dan menarik. Boleh mencuba pelbagai jenis hidangan. Shaklee sememangnya akan sebolehnya menyediakan makanan halal untuk business leader nya kerana ramai di antara kami adalah Muslim.

2. FlowRider - setinggi 40 kaki. Boleh puas bermain air, meluncur air dan sebagainya di atas kapal. Mesti seronok kan ramai-ramai main ni. Flowrider ini salah satu tarikan utama yang menarik buat semua pengunjung kapal dan percuma untuk setiap orang yang baik cruise.

3. Bumper cars - boleh juga bermain kereta beramai-ramai dengan downline & upline kita. 


4. North Star - boleh naik atas ini sambil menikmati pemandangan laut luas yang cantik. Jika suka pada ketinggian bolehlah mencuba nanti. Jangan risau North Star ini bergerak secara perlahan dan setiap orang boleh naik dalam 15-20 minit. Bolehlah ambil gambar sekali bila naik nanti. Juga percuma buat semua pengunjung. 


5. RipCord - satu lagi aktiviti menarik iaitu boleh skydiving atas kapal.
6. Menonton Filem di luar kapal cruise dengan saiz skrin 220 kaki persegi.

Sebab itulah insentif percutian dari Shaklee ini memang jadi tarikan utama buat semua pengedar Shaklee! Semua orang berpeluang untuk join dan bercuti percuma! Yang penting usaha dan pelan semua dengan baik-baik. Bagi yang tak pernah bercuti ke luar negara tu, inilah masanya untuk fokus buat Shaklee betul-betul! 



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Comments

Popular Posts