Petua Hilangkan Jeragat

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Hi jumpa lagi dalam entry. Kali ini KakMai nak cerita pasal jeragat. Bila meningkat usia jeragat pun dikatakan makin membiak, betul ke? 

Jeragat atau dikenali juga sebagai pigmentasi, muncul akibat pengumpulan melanin yang banyak. Ia sukar dirawat. Menyebabkan tona kulit tidak sekata dan menjadi gelap.

Pada mulanya, jeragat hanya tompokan kecil. Namun jika dibiarkan, jeragat akan merebak dan memenuhi keseluruhan muka kerana ia bersifat "HIDUP dan TUMBUH". Dalam erti kata lain, dalam diam ia boleh beranak pinak. Grrr, takutnya!


Kalau nak tahu, lapisan luar kulit kita (epidermis) sebenarnya ada 5 lapisan. Jeragat yang berada pada lapisan kulit yang paling bawah (lapisan ke 5) akan naik ke setiap satu lapisan demi lapisan ke atas, mengikut kitaran pembaharuan sel kulit kita.

Dari lapisan kulit yang ke 5, jeragat akan naik ke lapisan ke 4, ke 3 dan seterusnya muncul pada permukaan kulit kita. Sebab itu, ada jeragat yang nampak terang dan ada juga jeragat yang nampak pudar.

Berikut adalah punca-punca berlakunya jeragat :
  • perubahan hormon
  • usia yang meningkat
  • penghasilan kolagen di dalam kulit berkurangan (usia meningkat)
  • pengambilan pil perancang
  • tisu dan sel kulit mati
  • penggunaan kosmetik dan alat solek
  • serangan radikal bebas yang merosakkan kulit
  • lapisan kulit yang nipis. Mudah terhakis disebabkan sinaran UV

Walaupun jeragat ini bukan dikategorikan sebagai penyakit kulit berbahaya, namun bagi seorang wanita yang mementingkan penampilan, kehadirannya boleh membuatkan kulit wajah nampak tidak sihat dan rasa kurang keyakinan diri.

Jadi sebelum jeragat itu meluaskan empayar jajahannya, cepat-cepat kita bertindak mencari sesuatu yang boleh mengatasinya daripada terus hidup subur pada kulit kita.

PETUA & CARA HILANGKAN JERAGAT

Baik, sekarang kita sudah tahu apa itu jeragat, mari kita amalkan beberapa petua hilangkan jeragat seperti di bawah ini:

1. BAKING SODA

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. Caranya, campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal.

Sapukan pada kawasan yang terjejas dan mencucinya selepas beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan keputusan.

Nota: Elakkan menggunakan baking soda jika anda mempunyai kulit yang sensitif. 

2. OATMEAL

Oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja. Ia juga bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

Sebagai alternatif, letakkan serbuk pes oatmeal serbuk ini yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka.

Cuba antara dua cara ini, sekali atau dua kali seminggu secara rutin.

Cara Hilangkan Jeragat

jeragat photo

PETUA & CARA HILANGKAN JERAGAT

Baik, sekarang kita sudah tahu apa itu jeragat, mari kita amalkan beberapa petua hilangkan jeragat seperti di bawah ini:

1. BAKING SODA

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. Caranya, campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal.

Sapukan pada kawasan yang terjejas dan mencucinya selepas beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan keputusan.Nota: Elakkan daripada menggunakan baking soda jika anda mempunyai kulit sensitif.

2. OATMEAL

Oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja. Ia juga bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.


Sebagai alternatif, letakkan serbuk pes oatmeal serbuk ini yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka.Cuba antara dua cara ini, sekali atau dua kali seminggu secara rutin.

3. JUS LEMON

Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.

Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

4.  CUKA EPAL CIDER

Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.

Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Cara lain adalah dengan mencampurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung. Letakkan pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum menggosok muka semula. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam. Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.


5. CUCI MUKA DENGAN KERAP

Cara hilangkan jeragat yang pertama ialah anda perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati; dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebtu di bahagian muka.


Tetapi berhati-hati jangan pula sampai terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.


Pencuci muka Luminous gel oil cleanser Youth ni dah jadi pencuci muka 'feveret' KakMai😃. memang puas hati sangat! 


Rutin mencuci muka ni antara rutin wajib buat tiap hari. Tujuan dia untuk membersihkan muka kita dari kotoran. Paling kurang 2-3 kali sehari cuci muka dengan pencuci muka ya.


Kenapa KakMai pilih pencuci muka Luminous Gel Oil Cleanser Youth?


1- Membersih muka secara lembut

Tiada sabun dan pH seimbang. Jadi kulit muka rasa sangat bersih dan segar lepas guna pencuci muka Youth. Dia bantu buang segala kotoran, minyak kat muka. Kulit muka juga rasa lebih lembut.


2- Mampu membuang whitehead blackhead

Jika muka ada masalah whitehead blackhead ni kan, bila guna pencuci muka Youth dia boleh hilang makin lama guna. KakMai perasan whitehead blackhead kat muka makin kurang. Area hidung dah licin! Seronok kan?


3- Boleh jadi makeup remover

Pencuci muka Youth juga ada fungsi macam makeup remover. Tapi untuk makeup light jer ya.


4- 100% Vegan / tumbuhan

Dibuat menggunakan tumbuhan dan bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya yang boleh merengsakan kulit.


5- Bahan terbaik untuk kulit


Ada Muscadine Grape Extract - Bahan premium dalam Vivix. Fungsi dia untuk melindungi & membaiki sel sel DNA, juga menghalang kerosakan kolagen dan elastin. Bayangkan jika letak kat muka? Ya Allah best sangat kan?!


Ada ekstrak alga hijau

Menghalang pembiakan bakteria jerawat - bagus untuk merawat jerawat 

Tinggi antioksidan - melindung kulit dari radikal bebas

Membersih sel kulit mati 

Menghidratkan kulit 

Ada minyak Avocado - kaya dengan antioksidan, memberi kelembapan pada kulit semasa mencuci, kulit lebih halus dan lembut.


Ada ekstrak Yis - mengurangkan tekanan oksidatif pada kulit dan melegakan kulit.



6- Tak mengeringkan & memedihkan kulit

Lepas cuci muka guna pencuci muka Youth ni gee perasan muka tak kering dan pedih. Bila pegang muka lepas cuci tu rasa lembut jer😍.


7- Tekstur

Bentuk gel warna putih macam air. Bau of course bau organik herba tumbuhan. Tak ada sabun so tak berbuih.


8- Cara menggunakan YOUTH Luminous gel oil cleanser

Basahkan dulu tangan, muka jangan basahkan (ni biasa KakMai buat) kemudian calit sedikit pada dan sapukan pada muka. Bila nak bilas tu guna dua jari saja (jari tengah dan jari hantu kerana jari ini tekanan lebih lembut). Sapu cleanser ini menghalang ke atas dengan gerakan membulat ke seluruh muka.


9- Jimat!

Satu tiub dia ada 125ml, KakMai guna tahan lebih dari 7 bulan. Jimat kan! Tak perlu beli selalu. Hihi


10- Recommend?

Semua boleh pakai! Kenapa KakMai kata macam tu? Jika ada kulit kering, berminyak, berjerawat, kusam ke semua boleh guna Luminous Gel Oil Cleanser Youth ni. Dari umur remaja hingga 50-60 an juga boleh tau. Sebab Youth ni dia dalam masa yang sama meremajakan kulit.


6. GUNAKAN AGE DEFENCE MOISTURIZER SPF50 YOUTH SHAKLEE

Age Defense Moisturizer dengan spf50. Moisturizer ni KakMai guna setiap hari dah sekarang walapun duduk rumah. Sebabnya KakMai nak lindung muka dari cahaya uv dan pencemaran serta cegah pembentukan jeragat kat muka. Jeragat ni yang kena jaga betul-betul tau.


Age Defense Moisturizer SPF 50 Youth ni bukan sekadar buat kulit lembap tau tapi dia lebih daripada tu. Tambah-tambah ada spf50.


Fungsi Youth Age Defense Moisturizer 

SPF 50 Moisturizer

Dia boleh membantu melembapkan kulit muka dan memperbaiki tona kulit muka kita yang tak sekata. Efek dia sangat lembut kat kulit muka dan cepat meresap.


Sunscreen

Ada nampak tulisan “BROAD SPECTRUM SPF50” ni? Ni yang buat moisturizer youth ni menarik. Dia berfungsi untuk melindungi kulit muka kita dari sinaran UVA & UVB.

💙 UVA : menyebabkan penuaan yang mendatangkan kedutan & tanda-tanda penuaan kat muka.

💙 UVB : membakar kulit (sunburn) & kulit jadi gelap.


Bagus kan broad spectrum ni? Sekarang ni susah jugak nak cari produk skincare & komestik yang ada “BROAD SPECTRUM” skali tapi dalam moisturizer YOUTH ni sudah ada shaklee buat. Tak perlu risau dah nak carik sana sini.


Primer 

Selain sebagai moisturizer dan sunscreen, satu lagi fungsi Age Defense Moisturizer SPF 50 Youth ni boleh guma sebagai primer sekali. Sangat best tau sebab boleh kulit kita nampak berbeza lepas pakai. Kulit kita nanti kan akan jadi glowing sangat sampaikan tak payah guna highlighter dah! Jadi berseri-seri muka tau. Hihi


KakMai guna jugak Age Defense Moisturizer SPF50 Youth ni sebelum sapu makeup. Tujuan dia nak lindung kulit dari bahan kimia semua tu.


Bagi yang tak suka ada banyak step skincare routine macam gee sendiri lah kan, Age defense Moisturizer SPF50 Youth ni memang sangat lah sesuai😊



Tekstur / Bau:

Bewarna putih, berkrim dan bau dia macam bau herba-herba. Bila pakai kat muka, muka kita jadi glowing berseri jer tau. Hihi.



Bahan-bahan Utama:

Muscadine Grapes Extract ( bahan utama VIVIX 😍 ) - menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Alga hijau (laminara) - melega, regenerasi, memberi oksigen kepada sel kulit.

Alteromonas (alga hijau) - penting untuk memperbaiki dan meremajakan kulit, bertindak sebagai penghalang untuk melindung kulit.

Kacang pis - memelihara protease daripada degenerasi protein kulit seperti kolagen dan elastin, kulit jadi lebih tegang dan anjal.

Vital Repair+ - melindungi kulit dari rosak dan meggalakkan tumbesaran sel kulit yang sihat.

SPF 50 - sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas bagi melidungi kulit dari sinar matahari.

Non-comedogenic, tak menyumbatkan liang pori.


Cara Menggunakan YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50:

Lepas cuci muka, pakai toner, barulah pakai moisturizer ni kat muka. Calit dulu sikit kat dahi, 2 belah pipi, hidung dan dagu. Sapu moisturizer Youth ni ke seluruh muka. Elakkan sapu di sekitar mata. Guna pada waktu siang setiap hari samada keluar atau tidak ya. Sapu secara nipis saja jangan tebal ya.


Satu lagi, Age Defense Moisturizer SPF50 dari Youth Shaklee ini tak ada penutup (teknologi bebas penutut), kita hanya perlu pusing saja untuk keluarkan krim dia.



Info Produk:

Age Defense Moisuturizer SPF 50

Saiz: 50 ml

Harga Runcit: RM 206.25

Tahan lama: Ikut penggunaan KakMai masuk 8 bulan still ada banyak lagi, maybe boleh tahan sampai 10 bulan atau lebih.

Vitamin Yang Boleh Hilangkan Jeragat


1) VITAMIN C
Penting dalam penghasilan KOLAGEN. Vitamin C kaya dengan ANTI OKSIDAN. Ia menghalang penghasilan melanin punca jeragat.


2) VITAMIN E
Terkenal dengan vitamin AWET  MUDA. Melambatkan proses penuaan kulit. Juga boleh membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E juga mengurangkan kesan jeragat.


3) PROTEIN
Mengurangkan kesan hitam atau kulit mati akibat jeragat. Potein sangat penting dalam penghasilan SEL BARU bagi menggantikan sel kulit yang telah mati dan rosak.


Cadangan Set Jeragat Shaklee Yang Boleh Hilangkan Jeragat

☑️VITAMIN C
Penting dalam penghasilan KOLAGEN. Vitamin C kaya dengan ANTI OKSIDAN. Ia menghalang penghasilan melanin punca jeragat.

☑️VITAMIN E
Terkenal dengan vitamin AWET  MUDA. Melambatkan proses penuaan kulit. Juga boleh membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E juga mengurangkan kesan jeragat.

☑️GLA COMPLEX
Gla Complex ni membantu menaikkan seri wajah wanita. Kulit berseri mestilah nampak cantik kan.

☑️B-COMPLEX
B-Complex dikenali sebagai vitamin saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon gembira. Ini dapat membantu menenangkan dan melegakan tekanan akibat sakit sendi lutut serta membantu dalam melancarkan peredaran darah.

☑️VIVIX
1- Vivix dalam Shaklee sangat tinggi kandungan dengan antioksidan. Antioksidan ini sangat penting dalam untuk membantu melambatkan tanda-tanda penuaan seperti;

-Kedutan 
-Eye bag
-Bintik hitam 
-Jerawat
-Jeragat 

Khasiat dalam Vivix Shaklee yang sangat tinggi antioksidan ini sangat bagus untuk anda yang banyak terdedah kepada cahaya matahari, UV, dan pencemaran yang boleh menyebabkan kadar penuaan tubuh dan kulit menjadi lebih cepat. Kiranya produk Vivix dari Shaklee ini membantu melambatkan proses penuaan kulit kita dari dalam.

.2- Kandungan Resveratrol yang ada dalam Vivix Shaklee ini juga boleh mencerahkan kulit dan membuat kulit menjadi glowing tanpa perlu makeup.

3- Manfaat Vivix Shaklee untuk kulit jeragat? Ya, Vivix Shaklee pun boleh membantu kulit jeragat sebab khasiat dalam Vivix Shaklee ini ada antioksidan yang sangat berkuasa! Antioksidan ini penting untuk membaiki & memulihkan sel-sel kulit mati atau rosak. Sel yang rosak ini yang membuatkan pertahanan kulit lemah dan menyebabkan ia mudah naik jeragat. 

Apabila sel-sel kulit yang lama sudah diperbaharui, automatik kulit pun jadi cantik, lebih bersih, cerah & berseri! Best kan? Sebab itu ramai yang apabila rajin mengambil setiap hari produk Vivix Shaklee ini mendapat efek wajah nampak lebih muda dan berseri!

4- Kebaikan Polifenol dalam Vivix Shaklee juga bagus untuk kulit. Ia membantu dalam penghasilan kulit yang sihat dengan:
Melindungi kulit dari kerosakan UV
Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan
Menyokong dalam pengeluaran kolagen yang sihat
Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda berseri

5- Kebaikan Vivix Shaklee untuk meremajakan kulit dari dalam! Vivix is Proven! Dalam satu ujian klinikal menunjukkan ramuan yang terdapat dalam sebotol Vivix shaklee ini akan mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular! Maksudnya Vivix dari Shaklee ini membantu memperbaiki sel DNA kita dan melambatkan proses penuaan dari dalam, dari akar umbi!

Banyak kebaikan dan manfaat dalam sebotol Vivix Shaklee untuk kesihatan kulit kan. Rajin-rajinlah mengambil Vivix produk terbaik Shaklee ini setiap hari untuk awet muda dan cantik!

Jom hadiahkan sebotol Vivix Shaklee untuk diri sendiri dan orang yang kita sayang :)

CADANGAN PENGAMBILAN SET EXCLUSIVE JERAGAT SHAKLEE

CADANGAN PENGAMBILAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
☑️Sustained Release Vitamin C 500mg - 1 biji after meal, kecuali untuk orang yg sakit teruk, perokok, resdung teruk boleh suggest 2 biji setiap hari. Kalau demam pun boleh amek 2 biji, patah dua supaya cepat diserap oleh badan

CADANGAN PENGAMBILAN VITAMIN E COMPLEX👇
☑️Vitamin E - 1 biji after meal. Tak boleh ambil dengan dengan Vitalea, Alfafa, dan GLA pada masa yang sama kerana mengganggu penyerapan Vitamin E.

CADANGAN PENGAMBILAN GLA COMPLEX👇
☑️GLA Complex - 1-2 biji sehari. 1 biji setiap selepas makan

CADANGAN PENGAMBILAN B-COMPLEX👇
☑️BComplex - 1 biji after meal (After breakfast / lunch sbb vitamin ni memberi tenaga). 
☑️Kalau tgh under lots of stress, boleh makan 2 biji. 1 biji pagi & 1 biji tghari. 
☑️Maximum pengambilan 4 biji sehari. 
☑️Kanak-kanak umur 9 tahun ke atas dah boleh ambil BComplex 1 biji sehari sahaja sebab pelajar sangat-sangat memerlukan B-Complex ni.

CADANGAN PENGAMBILAN VIVIX
☑️Vivix - 1 sudu teh sebelum tidur / selepas breakfast


Jom baca posting kawan KakMai

#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Comments

Popular Posts