9 sebab kenapa komuniti bisnes Shaklee sangat best

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Berjumpa lagi kita di entry kedua saringan #megablogshaklee 2.0. 

Siang tadi ada gathering Surijunior bersama sahabat-sahabat hebat di Kodiang iaitu rumah presidential Master tersohor di Malaysia iaitu Master Farihah Abu Kasim. 

Saya sampai agak terlambat berbanding team kami yang lain iaitu #zafranzafrina. Walaubagaimanapun Sister Master RYG baru saja tiba. Rezeki dapat juga dengar sharing dan sedut aura hebat depa ni. 

Inilah saya suka tentang ukhwah dalam komuniti Shaklee ni. Sentiasa akrab & mesra


1. Dapat kenal dengan ramai orang baru dan kawan-kawan baru walaupun sebelum ini tak pernah kenal langsung ataupun sekadar kenal dalam alam maya. Tapi bila dapat jumpa depan-depan mudah rapat dan senang berborak bersama-sama macam dah lama kenal.


2. Dapat banyak ilmu baru bila join komuniti shaklee ni. Bukan sekadar ilmu kesihatan tapi macam-macam ilmu lain seperti ilmu marketing, ilmu kerohanian dan ilmu kehidupan yang lain. Kiranya dapat ilmu dunia dan ilmu akhirat, seimbang lah kan. Alhamdulillah.

3. Saya juga berpeluang untuk membantu lebih ramai orang terutama dari segi kesihatan. Sebelum kenal shaklee memang tak terfikir nak membantu tambah baik kesihatan orang. Dalam masa yang sama juga dapat menambah ilmu dan tips-tips kesihatan.

4. Bila berada dalam komuniti bisnes Shaklee ini juga dapat kenal erti memberi yang sebenarnya. Tak semestinya hanya memberi atau bersedekah dari segi duit tapi macam-macam boleh bagi seperti berkongsi ilmu, berkongsi poster dan gambar, belanja orang makan, bagi hadiah ke.

5. Melalui geng Shaklee ini membuatkan saya lebih kuat dan kental. Maksudnya dunia bisnes ini memang ada banyak orang, ragam dan masalah kita hadap setiap hari. Bila dah lama buat bisnes Shaklee alhamdulillah makin hari makin matang, tenang dan kental bila ada apa-apa masalah. Tak mudah nak mengalah atau melatah.

6. Tak bersaing tapi saling membantu. Ini yang saya dapat lihat dalam komuniti Shaklee. Walaupun sama-sama menjual produk Shaklee tapi boleh berkawan, saling berkongsi idea dan ilmu. Ada yang suka berkongsi poster-poster, video dan gambar-gambar produk. Seronok kan? Siap ada grup telegram khas lagi tu untuk sesiapa yang nak share. Tu yang saya suka.


7. Dapat upline yang baik dan banyak membantu saya dari awal bisnes Shaklee hingga ke harini. Pendek kata tak jemu membantu kami semua dari segi stok, ilmu, pengurusan bisnes, ilmu agama, ilmu kewangan dan banyak lagi.

Dengan Master Bonda Alidengan Master Su

dengan Master Nurjannah Ithnin

dengan Master Ita Athirah

dengan Master Ismatul Nabila (Master tot)

8. Dapat hadiah produk Shaklee secara percuma. Ini yang seronok dan saya rasa semua geng Shaklee suka. Biasanya bila ada apa-apa akitiviti atau tugasan, upline atau master akan bagi hadiah berupa produk Shaklee. Tapi yang penting kena rajin dan komited buat apa-apa task yang diberi. Sambil buat task, sambil tu dapat hadiah percuma! Macam join #megablogshaklee ni. 
Dengan direct upline saya, cikgu Asmaniza 

9. Dapat sokongan dari syarikat Shaklee Malaysia. Ini yang penting bila nak buat bisnes bersama, ahli-ahli dan syarikat kena bersatu dan bergabung satu sama lain. Apa yang saya Nampak macam-macam yang disediakan oleh pihak Shaklee Malaysia. Contohnya web mesra pengguna, boleh oder di mana saja dan Shaklee yang poskan, ada semua info produk dan info kesihatan yang diberi serta ada gambar-gambar produk. Malah ada juga kelas dari pakar nutrisi Shaklee. Seronok kan?

Apalagi join bisnes Shaklee dengan team kami. 


9. Dapat sokongan dari syarikat Shaklee Malaysia. Ini yang penting bila nak buat bisnes bersama, ahli-ahli dan syarikat kena bersatu dan bergabung satu sama lain. Apa yang Gee Nampak macam-macam yang disediakan oleh pihak Shaklee Malaysia. Contohnya web mesra pengguna, boleh oder di mana saja dan Shaklee yang poskan, ada semua info produk dan info kesihatan yang diberi serta ada gambar-gambar produk. Malah ada juga kelas dari pakar nutrisi Shaklee. Seronok kan?

0134335487  
Maizatul Zam Zarina
Biz leader anda 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Comments

Popular Posts