Business Leader National Conference (BLNC) 2023

Assalamualaikum

Sabtu lepas telah berlangsung BLNC 2023 yang diadakan di Sunway Convention Center Selangor

Saya, Upline saya iaitu Cikgu Asmaniza, Noorazila & Noorhafiza (Kak Boy) janji untuk pergi bersama iaitu dengan menaiki bas ekspress Dari Kedah ke Kuala Lumpur & pulang dengan menaiki kapal terbang. 

Kami sampai di KL lebih kurang pukul 6.00 pagi di TBS. Sampai di sana, menunggu solat Subuh. Usai solat Subuh, kami bersiap untuk ke Sunway Convention Center. Sebab orang kedah ni cakap kuat, ada member Shaklee ni datang menegur kami. Beliau seorang pensyarah yang mengajar di Terengganu & berasal dari Kedah. Sekapal rupanya 🥰Bila jumpa kawan baru, Kami berlima terus ke Sunway dengan menaiki grab. Jimat naik grab ramai2 ni. Punca naik bas tu supaya boleh sampai seawal mungkin di Sunway. Semangat nak kutip hadiah ni

Dalam pukul 7.30 pagi kami dah sampai di Sunway dan terus naik ke atas. Breakfast? Tak payah, perut dah biasa IF . Lagipun Shaklee dah janji nak sedia makanan untuk breakfast, lunch & tea time secara percuma. Untung jadi business leader under company besar macam Shaklee kan? 
Masa tengah makan, tiba-tiba master Nurjannah Ithnin ada sebelah. Apa lagi terus minta nak bergambar la hehe. Cantik sungguh master! Inilah living proof yang kita akan temui di Shaklee. Kalau betul2 amalkan Shaklee memang akan kurus & cantik macam ni. 

Lepas tu jumpa pula dengan master tersohor di Malaysia iaitu Master coordinator Farihah Abu Kasim. Kami bergambar lagi. Takkan nak lepas peluang kan?
Dan cucu (downline level ke berapa tah) Master Farihah yang paling kaya & jutawan serta disegani seluruh Malaysia iaitu Master Dr Hasifah. ( Yang tinggi tu)
Cantik bergaya semua Master2 kita. Semua cantik sebab product terhebat daripada Shaklee.

Ok, nanti kita sambung lagi BLNC part 2

Salam sayang semua ❤️

Comments

Popular Posts