REVIEW & FEEDBACK BLOGMEGASHAKLEE 1.0 DAN KENAPA NAK LAGI #blogmegashaklee 2.0
Assalamualaikum warahmatullah
Selesai urusan menghantar entry "set kurus Shaklee" walaupun terlambat hantar.
Kali ni janji I hantar awal ok.
Pendapat saya apabila menyertai #blogmegashaklee 1.0 menggalakkan saya "cuci" sawang di blog saya yang saya sudah abaikan selama 2 tahun 😅.
#megablogshaklee 1.0 juga mengasah semula bakat penulisan saya yang dah lama terkubur.
Saya juga berasa semakin selesa menulis blog berbanding create video di saluran media sosial lain seperti TikTok, Instagram & Facebook .
Saya juga rasa bersyukur kerana dapat berkenalan dengan ramai sideline daripada group lain kerana kami perlu mendapatkan link blog mereka juga. Selain itu boleh juga baca blog mereka. Masing- masing positif & bantu-membantu dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Saya berpendapat #megablogshaklee 2.0 perlu diteruskan supaya kreativiti yang kami ada dapat diteruskan lagi. Ukhwah juga dapat diteruskan walaupun kami dalam proses mencapai Master Coordinator.
Terima kasih byk2 Master Norita & Master Salwa kerana menganjurkan platform yang bagus ini utk kami.
Comments
Post a Comment