"SHAKLEE IS MY GOLD MINE"
“SHAKLEE IS MY GOLD MINE”
— Master Freddie, 79 tahun
Malam tadi super dupaaaa upline kepada semua SID di Malaysia juga hadir ke TownHall bersama management baru.
Pada sesi akhir Helen meminta Master-master yang hadir untuk short intro dan yang paling banyak berkongsi mestilah super otai the grand grand atok of segala SID kan.
Saya nengok atok Freddie ni cam tak menua makin muda ja plak tengok.. kisahnya yang dikongsikan, dia antara yang awal lah bersama Master Yeap(ni kira line susur galur saya ke atas lah ni), waktu awal Shaklee nak menapak kat Malaysia kiranya nilah orang-orang awalnya.
Dia set target untuk jadi Master pertama di Malaysia dan dia berjaya, waktu tu saya baru guling-guling 2-3 tahun dia dah Master 🤩 dan dia masih ada setia bersama bisnes Shaklee.
Kata Master Freddie, Shaklee ni “lombong emas” dia, dah 34 tahun bersama Shaklee, total income pun hampir 34 juta! Kiranya macam setiap tahun capai 1 juta pendapatan bersih. Terbuka mata nampak jauhhhhh lagi perjalanan aku ni ye, dia dah 34 tahun, kami ni baru nak 12 tahun.
Terus godek Success Journal, terus macam ok saya suka sangat sistem Shaklee ni, orang kata kalau MLM Scammer orang yang awal masuk ja kaut untung, yang lambat join or bawah-bawah putih mata tapi pelan pampasan Shaklee ni berbeza.
Selama mana kita dalam bisnes, sebagai seorang pemimpin atasan kita ter-cap untuk mendapat leadership bonus maksimum sehingga kedalaman 6 level ke bawah, itupun sekiranya pemimpin tersebut efektif pada pangkat lantikan Master dengan minima 15 FLPC. Jadi betul-betul membina asas yang bukan hanya widespread tapi ada kedalaman.
Baru atau lama bukan batu ukur untuk limit pendapatan bersama bisnes Shaklee, dari apa yang saya analisa dari pergerakan bisnes sendiri, untuk 12 tahun bersama Shaklee, jumlah pendapatan dah nampak bayang 20 Juta secara total.
Tiada siapa kata bisnes networking ini mudah, macam-macam kata sindiran negatif yang sampai, macam-macam cabaran dah terjah, jatuh bangun jatuh tergolek semua dah rasa, air mata sampai dah tak lalu keluar tapi enjoy semuanya bersama penguat saya BigBoss Firdhaus Zulkifli melalui setiap proses yang menjadikan kami makin matang dalam bisnes ni.
Jika waktu ini ada antara rakan FB saya yang menghadapi fasa sukar dalam dunia networking, bisnes drop, kembali kepada asas membina bisnes ini. Bisnes ini kita bina untuk long term, jika kita bina macam mee segera, sedapnya sekejap sahaja kita rasa. Selagi kita tidak berhenti mengkaji kelemahan dan baiki, in shaa Allah kita akan ada progress.
Stay strong semua!
Kredit : Master Iffah
Comments
Post a Comment