Apa itu Intermittent Fasting (IF)

Assalamualaikum sahabat-sahabat. Apa khabar semua? 

Pagi Jumaat yang indah ini saya ingin bercerita tentang sejenis diet yang dikenali sebagai intermittent fasting atau singkatannya ialah IF. Ia juga dikenali sebagai puasa basah

Ia adalah sejenis kaedah yang menyusun pemakanan supaya mengikut jadual yang digilirkan antara waktu anda makan dan waktu anda berpuasa. 

Cara diet intermittent fasting ini lebih menekankan mengenai bila anda akan makan. 

Melalui diet IF ini, anda hanya boleh menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut anda akan berpuasa.

Tahukah anda berpuasa selama berjam-jam setiap hari akan meningkatkan kecekapan tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat? 

Terdapat beberapa jenis yang anda boleh amalkan bergantung kepada kemampuan dan keselesaan anda melakukannya. 

Cara IF 1: Overnight Fasting
Cara ini lebih mirip seperti kita berpuasa di bulan Ramadan. Cara ini hanya perlu berpuasa 12 jam sahaja dan sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan diet IF  ini. 

Cara IF 2: Time restricted fasting
Cara ini pula lebih kurang sama dengan cara pertama tadi cuma masa berpuasa lebih panjang iaitu dalam tempoh 14 hingga 16 jam sehari.

Cara IF 3: Whole day fasting
Ini bermaksud anda perlu berpuasa 24 selama jam. Contohnya jika anda mula berpuasa pukul 7 pagi, anda hanya boleh makan pukul 7 pagi keesokan harinya. Agak sukar tetapi tidak mustahil kerana ramai yang berjaya dengan cara ini. 

Bagaimana cara diet intermittent fasting ini menurunkan badan?
Cara diet IF ini menekankan konsep makan sedikit sebagai cara menurunkan badan. 

Oleh itu badan lebih banyak membakar lebih banyak lemak dalam badan untuk digunakan sebagai tenaga seharian. 

Bolehkah intermittent fasting membuatkan kesihatan bertambah baik?
Boleh. Menurunkan berat badan dan bersenam akan meningkatkan metabolisma, merendahkan risiko mendapat penyakit jantung, mengatasi masalah diebetes dan beberapa jenis kanser. 

Intermittent Fasting berkesan untuk anda yang ingin berdiet tanpa mengira kalori. Ketika berpuasa anda masih boleh minum air kosong untuk mengalas perut. 

Saya juga mengamal tegar IF 16:8 dan mengamalkan cinch teamix Shaklee semasa berpuasa. Apabila berbuka puasa saya akan minum cinch shake coklat & ESP dahulu sebelum makan makanan lain. Selain itu, saya mengambil set Hello New You. Berat saya telah turun lebih 10kg sejak setahun yang lalu. 
Jika ada pertanyaan boleh drop di Komen ya. 

Anda juga boleh ikuti link sahabat saya juga berkaitan intermittent fasting ya
https://lyaabdul.blogspot.com/2023/02/intermittent-fasting-berkesan-turunkan.html?m=1


Salam sayang semua❤️






Comments

Popular Posts